Wednesday, May 27, 2009

UJIAN SAMBUNGAN ARKA
Sambungan arka yang baik
bukan dinilai dari
rupa kumainya yang halus
dan seragam semata-mata.

Rupa yang cantik di
bahagian luar sambungan
tidak bererti
jika di bahagian dalam sambungan
ada kecacatan sambungan.
Kecacatan arka yang biasa terjadi
ialah lubang udara.
Lubang ini sangat halus,
hanya boleh dilihat melalui pengimbasan.
Adalah sangat penting mengetahui ujian kimpal.
Jika dibiarkan sambungan arka akan retak dan pecah.
Sebab-sebab berlakunya lubang-lubang udara
ialah kerana ada kesan minyak pada sambungan.
Adalah sangat penting membersihkan bahagian
sambungan dari kesan oksida.







BAHAYA KIMPALAN ARKA

Kerja kimpalan seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai(Welding Bay) dan bukan di tempat yang terbuka. Welding bay dilengkapi dengan dinding dan tirai yang berfungsi sebagai pelindung dari pandangan orang lain. Welding bay yang lengkap akan mempunyai kipas ekzos dan pencahayaan yang cukup. Kipas ekzos berfungsi
melepaskan gas/asap yang terperangkap dengan lebih cepat.
Diantara bahaya kerja kimpalan arka ialah:

1. Pancaran arka/Ultra voilet boleh membahayakan kulit dan mata.
2. Percikan arka dari logam lebur boleh terkena anggota badan.
3. Asap arka boleh membahayakan paru-paru.
4. Kejutan elektrik.

Semua kemalangan di atas boleh dielakkan jika pengimpal memakai

pakaian yang sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas.
Mengimpal di bilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan.

Pengimpal hendaklah memastikan semua kabel dan penyambungan
terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik.

No comments:

Post a Comment