Wednesday, May 27, 2009


KESELAMATAN
DAN PERALATAN ASAS

Berikut ialah beberapa kelengkapan asas mengimpal arka:

· Berus dawai.
· Penggarit.
· Kapur kejuruteraan.
· Chipping hammer.
· Elektrod.

. Pemegang elektrod.
. Kabel elektrik.
. Pelindung muka.

Pelindung Muka
Pelindung muka diguna untuk melindungi mata
dan muka pengimpal dari terkena percikkan arka.
Ia juga melindungi pengimpal dari pancaran
ultra voilet yang boleh membahayakan mata.

Pemegang Elektrod
Pemegang elektrod berfungsi memegang elektrod
ketika kerja kimpalan sedang dilakukan.
Awas dengan pemegang elektrod yang sudah
longgar atau rosak. Ia mesti diganti untuk mengelak
dari terkena kejutan elektrik.

Chipping Hammer
Chipping hammer diguna untuk membuang sangga/jeremang.
Awas dengan sangga panas.

Elektrod
Elektrod adalah satu dawai atau batang rod yang diguna
sebagai terminal atau pengalir kimpalan arka. Ia berfungsi
sebagai dawai pengisi atau rod pengisi.






MESIN KIMPALAN ARKA

Mesin kimpalan adalah keperluan penting untuk kerja
kimpalan. Mesin kimpalan perlukan voltan di antara 20-100 volt
manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Mesin kimpalan dibekalkan kuasa elektrik fasa tiga.
Terdapat juga jenis mudah alih yang dibekalkan dengan kuasa elektrik satu fasa.Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka.
a) Mesin yang memberi arus terus.
b) Mesin yang memberi arus ulang alik.

Mesin Kimpalan Arus Terus

Mesin arus terus dibekalkan dari set penjana dan alat kimpalan penerus.

Kebaikan

1. Sesuai untuk semua jenis elektrod.
2. Menghasilkan kimpalan yang lebih halus.

3. Boleh mengimpal logam yang nipis.
4. Lebih selamat berbanding jenis lain.

Mesin Kimpalan Arus Ulangalik

Bekalan arus ulangalik diperolehi daripada
sebuah pengubah.Bekalan elektrik
dari punca kuasa yang membekalkan 230-250 volt diturunkan kepada kurang daripada 100 volt. Alat pengubah diguna untuk menurunkan kuasa elektrik.Mesin kimpalan boleh mengaturkan kuasa yang diguna untuk kerja kimpalan. Pengguna hanya perlu memilih kekuatan arus yang sesuai dengan elektrod dan jenis kerja yang hendaj dilakukan. Mesin ini lebih mudah diguna dan sangat cekap.

Kebaikan:

1. Harganya lebih murah.
2. Penyelenggaraan sangat mudah.
3. Boleh diguna di mana saja.

4. Ketika mengimpal tidak tiupan arka.

No comments:

Post a Comment