KEPERLUAN TAMBAHAN
Pakaian: Pakaian/apron dan sarung tangan kulit adalah paling sesuai. Apron boleh melindungi pengimpal dari letupan kecil terkena anggota badan dan sarung tangan kulit boleh mengelak dari terpeggang besi panas.
Pelindung Mata: Pelindung mata atau gogal yang sesuai ialah cermin gelap, biasanya saiz no. 8. Gogal mesti dipakai ketika mengimpal, ia boleh melindungi mata dari terdedah kepada cahaya kimpal dan juga percikan cairan besi yang panas.
Pemetik Api: Ia menghasilkan percikan api untuk menyalakan muncung sumpitan. Menyalakan api dengan menggunakan mancis atau pemetik bergas tidak digalakkan.
Pencuci Muncung: Alat ini diguna untuk mencuci muncung sumpitan, dibuat dari keluli keras mempunyai berbagai saiz.
Berus Dawai: Diguna untuk membersihkan permukaan benda kerjadari segala kekotoran sebelum kerja mengimpal dilakukan.
Rod Penambah: Bahan yang diguna untuk menambah dan membentuk kumai serta enapan pada sambungan. Rod penambah mempunyai berbagai saiz sesuai untuk berbagai kegunaan. Untuk mengimpal keluli lembut yang tebalnya 1.5 mm, saiz rod penambah yang sesuai ialah yang bergarispusat 1.5 mm. Terdapat berbagai jenis rod penambah dipasaran, antaranya ialah rod aluminium, rod penambah tembaga dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment