Monday, July 23, 2012

PROSES KIMPALAN GAS


Kimpalan gas atau dikenali juga dengan kimpalan oksiasetilena ialah proses menghasilkan tautan bahan yang dipanaskan dengan menggunakan api atau nyalaan oksiasetilena dengan atau tanpa rod penambah. Api dari campuran gas oksigen dan gas setilena mampu meleburkan logam yang akan membentuk sambungan. Rajah 1 menunjukkan api oksiasetilena jenis neutral. Rajah 2 menunjukkan bagaimana rod penambah digunakan dalam kerja kimpalan gas. Rajah 3 pula menunjukkan bagaimana logam melebur membentuk kawah cair. Nyalaan jenis pertengahan biasa diguna dalam banyak kerja mengimpal. Memilih nyalaan yang betul akan dapat meleburkan logam atau benda kerja dengan cepat dan sempurna. Rajah menunjukkan bahagian kawah cair atau logam yang lebur menggunakan nyalaan pertengahan atau neutral.


Rajah di sebelah menunjukkan bagaimana proses kimpalan berlaku. Sumpitan api digerakkan dari arah kanan ke kiri dengan kecondongan 60 darjah. Logam penambah digunakan untuk mendapat kumai yang baik, logam penambah mestilah melebur bersama benda kerja atau logam asas. Peleburan yang baik boleh menghasilkan enapan pada bahagian sambungan logam. 


Kegunaan Kimpalan Gas Dalam Industri
Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan yang rosak.



JENIS NYALAAN

Nyalaan Pengabon: Nyalaan jenis ini mengandungi nisbah gas asetilena dan oksigen 2:1. Dapat dilihat dengan jelas terdapat tiga bahagian api. Ini terjadi kerana nisbah gas asetilena lebih banyak berbanding gas oksigen. Suhu mencapai sehingga 3200 darjah celcius.


Nyalaan Neutral: Dikenali juga sebagai nyalaan pertengahan. Mengandungi nisbah gas oksigen dan asetilena yang sama banyak. Suhu nyalaan jenis ini ialah 3260 darjah celcius.

Nyalaan Pengoksidaan: Nyalaan ini membentuk muncung putih yang tajam. Ini kerana nisbah gas oksigen lebih banyak berbanding gas asetilena, iaitu 2:1. Suhu nyalaan jenis ini ialah 3482 darjah celcius.

No comments:

Post a Comment