Monday, July 23, 2012

KIMPALAN OKSIASETILENA
(PEMASANGAN PERALATAN)


Pemasangan kelengkapan yang sempurna adalah sangat penting. Semua kelengkapan hendaklah dalam keadaan baik sebelum pemasangan dilakukan. Untuk mengelak kesilapan pemasangan dan penyambungan satu piawai telah ditetapkan. Contohnya semua penyambungan bagi gas asetilena mempunyai tanda (lurah) dan mempunyai bebenang kekiri, kod warna juga diguna untuk membezakannya. Kelengkapan asetilena ditetapkan dengan warna merah sementara kelengkapan oksigen diwarnakan dengan kod warna biru atau hijau.
Semua penyambungan hendaknya diketatkan dengan betul untuk mengelakkan bahagian yang bocor. Ujian kebocoran boleh dilakukan dengan menggunakan air sabun dengan meletakkannya dibahgian penyambungan. Kecuaian membuat ujian kebocoran boleh menyebabkan kemalangan besar. Alat pencegah nyala balas hendaklah dipasang diantara pengatur dan hos getah. Alat ini mampu mencegah nyalaan balik ke arah silinder gas.
Berikut adalah huraian peralatan kelengkapan kimpalan oksiasetilina.

1. Silinder Gas Oksigen: Silinder ini dibuat daripada keluli bermutu tinggi. Mampu menahan tekanan sehingga 3360 psi. Kandungan gas oksigen dalam silinder biasanua 2200 psi pada suhu 21 darjah celcius.

2. Silinder Gas Asetilena: Bentuk fizikalnya lebih rendah berbanding silinder oksigen tetapi diameternya lebih besar. Silinder ini tidak boleh menampung tekanan tinggi, biasanya sehingga 15 psi sahaja.


3. Pengatur: Pengatur oksigen diwarnakan dengan kod warna hijau atau biru sementara pengatur asetilena mempunyai kod warna merah. Bebenang pengatur asetilena arak ke kiri dan bebenang pengatur oksigen arak ke kanan.


4. Hos Getah:  Hos getah diguna untuk menyalurkan gas dari silinder ke sumpitan api. Hos dibuat dalam dua warna berbeza mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Hos ini dibuat dalam bentuk berkembar dan tunggal, ia adalah penebat haba yang baik selain mudah ditarik, digulung tanpa pecah atau koyak. Hos getah yang baik mampu menampung tekanan sehingga 400 psi.


5. Sumpitan Api:  Sumpitan api adalah bahagian yang mengeluarkan nyalaan api kimpalan. Terdapat berbagai bentuk dan saiz, logam yang diguna untuk membuat sumpitan api ialah gangsa, loyang, aluminium atau keluli tahan karat. Sumpitan api tekanan rendah atau injector, diguna untuk tekanan gas sehingga 1 psi, iaitu untuk kerja-kerja kecil Sumpitan api tekanan sederhana boleh diguna untuk tekanan sehingga 15 psi.Terdapat injap oksigen dan injap asetilena pada bahagian badan sumpitan api ini. Injap ini boleh mengawal kadar keluaran gas untuk disesuaikan dengan keperluan kerja yang dibuat.


6. Alat Pencegah Nyala Balas:  Alat ini dipasang diantara pengatur dengan hos getah. Ia dibina begitu rupa dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Ia berfungsi mencegah nyalaan api dari berpatah balik ke dalam silinder. Aliran gas dikawal satu hala sahaja oleh alat ini, jika gas berpatah balik injap dibahagian dalam akan tertutup seterusnya menghalang gas masuk ke dalam silinder yang mungkin boleh menyebabkan letupan besar.

No comments:

Post a Comment